Sambutan Jubli Perak PKHL
Listed by Afendy Yusof
Assalamualaikom wbth,
Perancangan yang rapi dan teratur dalam menjayakan Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Hulu Langat adalah penting supaya program dan aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan tertib.
Dalam menjayakan program tersebut yang akan berlangsung dalam sedikti masa lagi perlulah difikrikan beberapa faktor penting supaya Sambutan Jubli Perak peringkat Kawasan ini mendapat sambutan. Keterbukaan adalah perkara yang penting supaya program dan aktiviti dapat pengisiannya memberi faedah kepada semua lapiran masyarakat. Golongan miskin, kaya, golongan tua, golongan kurang upaya, golongan cerdik pandai, golongan sederhana dilibatkan penyertaan mereka suapya mereka dapat menjayakan sama program dan aktiviti tersebut.
Era Kemenangan PAS dan PAKATAN RAKYAT ini perlu dijadikan catatan dalam sejarah tanahair dan kita berusaha mengekalkan, disamping meningkatkan kemenangan ini dengan menghapuskan liabiliti atau setidak-tidaknya mengurangkan liabiliti PAS kepada masayrakat umum. Rakyat sudah sedar sudah sampai masanya tranformasi pentadbiran di peringkat negeri dan persekutuan dirubah bagi menggantikan Kerajaan Barisan Nasional yang dipelopori oleh UMNO secara total.
Dalam kontek tersebut persiapan serta perancangan aktiviti haruslah disusun dengan tertib dan rapi serta keterlibatan semua cawangan perlu digerakan kerana melibatkan beberapa program dan aktiviti di luar dewan. Program dan aktiviti ini hendaklah memenuhi semua golongan masyarakat yang lebih ilmiah dan tidak semata-mata hiburan. Cadangan seperti seminar/talk usahawan, kuiz anak-anak/dewasa, persembahan konsert perpaduan dan sebagainya haruslah difikirkan. Penetapan tarikh juag penting memandangkan majoriti penduduk di sekitar Hulu Langat meraikan dan terlibat majlis perkahwinanatau sebarang aktiviti keluarga.
Janganlah program yang diadakan tidak sampai sasaran dan sambutannya lesu dan hambar akhirnya penat sahaja yang dierima. Pemidato-pemidato yang lantang dan berhemah serta mempunyai sikap keterbukaan haruslah ditampilkan bersesuaian PAS FOR ALL dan DAKWAH BILHIKMAH ITU BENAR-BENAR BERLAKU diharus dibuktikan kepada masyarakat khususnya kepada PARA PENGUNDI DI PARLIMEN DAN DUN-DUN.
This listing has been viewed 550 times.